Nisab Zakat Semasa RM 14,679.62

VISI

Menjadi institusi zakat yang cemerlang dan berwibawa ke arah membangunkan sosio ekonomi ummah.

MISI

Memaksimumkan kutipan dan bilangan pembayar zakat melalui :
a) Melaksanakan pendekatan dan kaedah kutipan zakat secara profesional, efisien dan sistematik berlandaskan hukum syarak.

b) Memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat islam melalui penyebaran info zakat dan program penerangan yang berterusan.

c) Menyediakan kemudahan saluran pembayaran zakat yang pelbagai, terkini serta sistematik bagi memudahkan urusan bayaran zakat.

d) Mengutamakan elemen kreatif dan inovatif dalam pengurusan zakat melalui penyelidikan dan pembangunan (P&P), sistem penyampaian yang berkesan serta aplikasi teknologi terkini.

e) Sentiasa responsif dan mengadaptasikan perkembangan ICT ke arah perkhidmatan berkualiti dan efektif.

PELAN STRATEGI 5 TAHUN

1. Mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM130juta pada tahun 2016
2. Mencapai sasaran bilangan pembayar seramai 80,000 orang pada tahun 2016
3. Memantapkan dan memperkukuhkan program dakwah dan penerangan bagi tujuan penyebaran info zakat melalui medium saluran maklumat
4. Memartabatkan syariat zakat sebagai agenda utama dalam arus perdana melalui kerjasama strategik dengan agensi yang berkepentingan
5. Memaksimunkan aplikasi ICT (Teknologi maklumat & Komunikasi) dalam urusan zakat kearah mencapai sasaran kutipan dan bilangan pembayar zakat

OPERASI KUTIPAN ZAKAT

Pentadbiran dan pengurusan PKZ Pahang terbahagi kepada 3 bahagian utama:

1. Pejabat Pengurus Besar
2. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
3. Bahagian Operasi

PKZ Pahang mempunyai 13 buah pejabat seluruh negeri Pahang. Bermula dengan kutipan zakat sebanyak RM5.4juta melalui 5,076 pembayar sahaja pada tahun 1996 kini PKZ telah berjaya mengutip zakat harta sebanyak RM102.6 juta serta 74,214 orang pembayar.
Selain daripada menyediakan kemudahan membayar zakat di kaunter pejabat-pejabat, PKZ juga mengadakan kerjasama dengan 13 agensi lain bagi memudahkan orang ramai menunaikan ibadah zakat. Antara agensi yang terlibat ialah BIMB, Pos Malaysia Berhad, Public Bank Berhad, Ambank Berhad, AgroBank, BKRM, BSN, BMMB, Maybank, CIMB On Line, MyEg dan kiosk Paylink. Selain itu juga, PKZ turut menyediakan kaunter perkhidmatan zakat di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) dan bermula Mei 2012 PKZ Pahang telah mewujudkan dua Unit Kaunter Bergerak untuk memberi perkhidmatan ke 115 penempatan Felda seluruh negeri. PKZ Pahang juga membuka kaunter bayaran zakat di beberapa buah pasaraya seperti di Kuantan Parade, Mega Mall, EC Mall dan Pasaraya Besar Giant.

AKTIVITI DAN PROGRAM YANG DIADAKAN

  • Kaunter-kaunter zakat pasaraya
  • Taklimat dan kaunter di Jabatan-jabatan kerajaan/swasta
  • Taklimat dan kaunter di sekolah-sekolah
  • Segmen Jejak Niaga
  • Segmen Ops PZB
  • Segmen Felda
  • Kuliah Magrib (al-waidz)
  • Kaunter zakat bergerak di rancangan Felda
  • Khutbah Jumaat
  • Karnival Zakat 2014
  • Bengkel Teknikal Petugas Felda