Nisab Zakat Semasa RM 15,130.76

zakat4u
Dalam usaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di negeri Pahang, Pusat Kutipan Zakat telah mengadaptasi pelbagai kemudahan ICT yang ada.

Dengan pendekatan bagi menyediakan kemudahan atau aplikasi yang mudah guna (easy & friendly applications) maka PKZ telah menyediakan pelbagai kemudahan berikut:

ZakatKlik

Satu sistem android yang memuatkan info dan perkhidmatan berkaitan urusan zakat harta melalui peranti bergerak bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat.

Zakat Online

Menyediakan saluran kepada pembayar zakat yang mempunyai akaun perbankan internet untuk membayar zakat secara online melalui 15 Rakan Strategik Zakat.

E-zakatpahang

Aplikasi yang membolehkan pembayar zakat menyemak dan mencetak semua rekod bayaran zakat mereka serta mengemaskini maklumat peribadi pembayar.

BizZakat.my

BizZakat.my adalah penjenamaan semula Usahawan Berkat atau Desa Berkat iaitu sebuah direktori para usahawan pembayar zakat perniagaan di Pusat Kutipan Zakat Pahang.

BizZakat.my mengandungi lebih daripada 2,000 usahawan dari seluruh daerah di negeri Pahang yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan.