Nisab Zakat Semasa RM 14,495.09

berita1jun2016a

BIZZAKAT ZON TIMUR

Satu aktiviti kunjungan ke premis perniagaan pembayar-pembayar zakat istiqamah di daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah telah diadakan pada 01 hingga 8 Jun 2016 yang lalu.
Objektif kunjungan ini adalah untuk mengemaskini maklumat premis peniaga sekaligus mempromosikan perniagaan mereka di website PKZ Pahang. Seramai 1,088 peniaga istiqamah berzakat di Zon Timur sejak tahun 2013 hingga 2015 akan dikunjungi bagi tujuan tersebut.

Disediakan oleh
Mohd Faiz Mohd Shukor
Penyelaras Ops Bisnes Zon Timur
Jun 2016