Nisab Zakat Semasa RM 15,130.76

KUANTAN. 1 Julai 2016 bersamaan 26 Ramadan 1437H

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menunaikan kewajipan, apabila baginda membayar zakat harta dan zakat fitrah di sini, hari ini.

Bayaran zakat harta baginda itu diterima oleh Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud.


Manakala zakat fitrah baginda pula diterima oleh Amil Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Ustaz Aziz bin Haji Salleh.


Sumber: PORTAL DIRAJA PAHANG