Nisab Zakat Semasa RM 14,495.09

 

berita10ogos2016a

berita10ogos2016b

KUTIPAN ZAKAT SEHINGGA JUN 2016 ; MENINGKAT 12.0%

Melangkau separuh tahun pertama 2016, alhamdulilah prestasi semasa kutipan zakat negeri Pahang telah meningkat sebanyak 12% (meningkat RM4.7 juta) berbanding tempoh yang sama pada tahun 2015. Manakala bilangan pembayar zakat juga meningkat sebanyak 2,722 orang berbanding tahun 2015. Rekod sehingga 30 Jun 2016, seramai 69,201 pembayar zakat harta telah membayar zakat dengan jumlah kutipan berjumlah RM44.0 juta berbanding dalam tempoh yang sama bagi tahun 2015, seramai 66,479 telah menunaikan zakat harta dengan jumlah RM39.3 juta termasuk badan-badan korporat.
Penyumbang terbesar bagi kutipan zakat adalah melalui potongan gaji kakitangan kerajaan dan swasta iaitu sebanyak RM20.3 juta dan daripada kategori wang simpanan/ harta sebanyak RM10.7juta.
Dengan sokongan Badan-badan korporat dan juga orang ramai serta strategi kempen yang dirancang, PKZ Pahang menjangkakan akan berjaya mencapai sasaran kutipan bagi tahun 2016 iaitu sebanyak RM115 juta dengan bilangan pembayar seramai 85,000 orang.

Disediakan oleh,
HAJI CHE SAMSOL BIN IBRAHIM
KETUA BAHAGIAN KORPORAT
PKZ PAHANG