Nisab Zakat Semasa RM 15,130.76

berita21september2016b

KAUNTER BERGERAK DI "FESTIVAL GO TEMERLOH"

Pada 2 hingga 4 September 2016 telah berlangsung satu karnival mega bersempena Tahun Melawat Pahang 2017 iaitu Festival Temerloh “Festival Go Temerloh ‘’ peringkat daerah Temerloh.

Festival tersebut dianjurkan oleh Pejabat Daerah Temerloh bersama Exco Pelancongan Negeri Pahang. Program tersebut berjalan dengan lancar selama 3 hari berlangsung. Pusat Kutipan Zakat Pahang terlibat dalam festival tersebut dengan membuka kaunter zakat dan Unit kaunter bergerak (Van).

Karnival tersebut dirasmikan oleh Dato’ Haji Mohd Sharkar bin Shamsudin. Pelbagai acara menarik telah disediakan kepada pengunjung yang hadir ke booth Pusat Kutipan Zakat Pahang antaranya roda impian.

Kuanter tersebut turut membuka peluang untuk para pengunjung bertanyakan kemusykilan mengenai zakat dan serta hal-hal yang berkaitan zakat di negeri Pahang khususnya. Sambutan diberikan amat menggalakkan oleh pengunjung yang hadir ke Festival tersebut.