Nisab Zakat Semasa RM 15,130.76

berita26april2017aberita26april2017bberita26april2017c

Gerai PKZ dapat sambutan hangat

KUANTAN - Hampir 400 pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 mengambil kesempatan membayar zakat di kaunter Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang yang dibuka selama empat hari. Pengurus Besar Kanannya, Datuk Halidan Md Daud berkata, daripada jumlah itu, 308 tampil mendaftar menunaikan bayaran zakat secara potongan gaji manakala selebihnya membayar zakat secara tunai. Menurutnya, jumlah pembayar zakat yang tampil menunaikan tanggungjawab di kaunter PKZ dijangka akan terus meningkat menjelang hari terakhir MSAM, hari ini.

Katanya, dalam tempoh empat hari, seramai 1,000 pengguna berkongsi Facebook PKZ dan memuat naik aplikasi Zakatklik dan Bizzakat selain bilangan itu juga akan bertambah hasil maklumat diberikan kakitangan PKZ yang bertugas di kaunter berkenaan. “Alhamdulillah kaunter PKZ yang dibuka pada MSAM sejak 20 April lalu, mendapat sambutan hangat pengunjung. “Ramai yang mengambil kesempatan datang berjumpa pegawai-pegawai bertugas bertanya pelbagai permasalahan zakat dan ada yang melunaskan tanggungjawab mereka,” katanya.

Halidan berkata, program seumpama itu cukup berkesan dan memberi ruang serta peluang kepada orang ramai untuk berurusan. “Di sini kami menyediakan perkhidmatan taksiran zakat dan fidyah, pembayaran zakat secara tunai dan kad kredit, kad debit atau potongan gaji, khidmat cetakan penyata zakat dan memuat turun aplikasi PKZ. “Menariknya, kita juga menyediakan hadiah misteri kepada pengunjung yang berurusan di kaunter PKZ, selain itu mereka berpeluang membawa pulang hadiah melalui cabutan bertuah harian dan cabutan perdana,” katanya.

Sumber Sinaronline