Nisab Zakat Semasa RM 14,495.09

berita4mei2017

KUTIPAN ZAKAT 2016 MENCAPAI SASARAN

Alhamdulillah hasil kutipan zakat harta pada tahun 2016 telah dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang iaitu RM115.4juta. Bagi tahun 2016, kutipan zakat harta bagi seluruh negeri Pahang adalah sebanyak RM115.4juta. Ini bermaksud berlakunya peningkatan sebanyak 3.7% berbanding kutipan tahun 2015 iaitu sebanyak RM111.3juta. Dari segi bilangan, jumlah pembayar yang membayar zakat harta pada tahun 2016 adalah sebanyak 80,193 orang berbanding dengan tahun 2015 seramai 78,222.

Penyumbang terbesar bayaran zakat harta adalah daripada zakat pendapatan dan harta yang dibuat melalui potongan gaji. Sebanyak RM43.9juta telah diterima melalui potongan gaji dengan bilangan pembayar seramai 56,212 orang. Amaun kedua terbesar adalah diterima daripada zakat perniagaan yang meliputi badan-badan korporat serta lain-lain perniagaan. Jumlah yang diterima daripada kategori ini adalah sebanyak RM39.0juta.

Bagi tahun 2017, dengan pelbagai pelan strategik yang telah dirancang PKZ berkenyakinan untuk menggapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu RM 120 juta dan sasaran pembayarn seramai 83,000 orang.