Nisab Zakat Semasa RM 15,130.76

berita5mei2017b

IKLAN PERNIAGAAN SECARA PERCUMA

Bagi menghargai pembayar-pembayar zakat perniagaan, PKZ Pahang muncul dengan aplikasi baru yang diberi nama sebagai Bizzakat.my. Secara am nya, fungsi aplikasi ini adalah sebagai enjin carian peniaga-peniaga sekitar negeri Pahang yang secara istiqamah menunaikan kewajipan zakat perniagaan mereka kepada PKZ Pahang. Ia boleh digunakan melalui laman web www.zakatpahang.my atau dengan memuat turun aplikasi ini daripada Play Store bagi pengguna Android dan Apple Store bagi pengguna IOS.

Tujuan utama aplikasi ini dibina adalah bagi mempromosi dan menggalakkan masyarakat untuk berurusniaga dengan ahli-ahli bizzakat ini secara percuma tanpa sebarang bayaran kos pengiklanan.

Antara tarikan istimewa aplikasi ini adalah, pengguna aplikasi ini boleh melihat gambar kedai, keterangan perniagaan, menu atau kemahiran yang dimiliki pemilik perniagaan. Bagi urusan pertanyaan atau lokasi, Bizzakat.my juga menyediakan nombor telefon yang boleh dihubungi oleh pengguna serta peta dan navigasi ke sesuatu kedai atau syarikat yang ingin dituju. Ini membuatkan penggunaan aplikasi ini lebih interaktif dan informatif.

Sehingga Februari 2017, sebanyak 900 data atau peniaga yang telah dimasukkan dan dikemaskini didalam Bizzakat.my. Gerak kerja pengumpulan data yang dilakukan oleh staf-staf PKZ Pahang yang diterajui oleh Bahagian Pemasaran PKZ Pahang, akan terus menerus mendapatkan maklumat pembayar-pembayar zakat perniagaan yang diperlukan untuk dimuatkan didalam aplikasi ini. Semoga ia dapat menarik lebih ramai lagi pembayar zakat perniagaan di negeri Pahang dimasa akan datang.