Nisab Zakat Semasa RM 14,495.09

berita1jun2017a

KAKITANGAN KILANG ASTURI METAL BUILDERS BERZAKAT

30 Mei 2017 bersamaan 04 Ramadhan 1438H

Segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmatNya sempena dengan bulan Ramadhan al Mubarak yang penuh barakah ini, Pengarah Urusan Asturi Metal Builders (M) Sdn. Bhd., Dato’ Sri Haji Md Sharif Bin Shamsuddin bersama 24 orang kakitangannya. telah menunaikan zakat pendapatan mereka zakat yang keseluruhannya berjumlah RM813,980 bertempat di bilik mesyuarat Asturi Metal Builders di Gebeng.

Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud. telah menerima zakat bagi pihak Majlis Ugama Islam Pahang Dan Adat Resam Melayu Pahang. Majlis itu juga turut dihadiri oleh Dato Sharifah Fatimah binti Syed Omar, Ahli Lembaga Pengarah Asturi Metal Builders dan Haji Mohd Azmi bin Othman, Pengurus PKZ Zon Timur PKZ Pahang.

Alhamdulilah hasil daripada prestasi syarikat yang memberangsangkan, zakat syarikat dan para kakitangan makin meningkat berbanding dengan tahun sbelumnya. Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua yang terlibat kerana telah melaksanakan ibadah zakat.