Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

6mac15

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PKZ PAHANG

KHAMIS - Kuantan. Dalam meraikan Bulan Syawal yang penuh meriah, Pusat Kutipan Zakat Pahang telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat PKZ Pahang pada 20 Julai 2017 Bersamaan 26 Syawal 1438 Hijrah.

Para jemputan mulai hadir pada jam 10 pagi dan terus memenuhi ruang majlis sehingga jam 2.30 petang. Rumah terbuka tersebut telah dihadiri lebih 400 orang tetamu yang terdiri daripada para pembayar, ejen – ejen zakat dan wakil-wakil jabatan sekitar kuantan.

Para kakitangan PKZ Pahang tidak melepaskan peluang untuk saling beramah mesra dengan tetamu di samping dapat menyampaikan info mengenai zakat dan PKZ Pahang. Pihak PKZ Pahang menyediakan pelbagai juadah hari raya yang terdiri daripada nasi minyak, sate, mee, lemang, laksa pahang dan lain-lain serta kuih muih untuk dinikmati oleh semua tetamu yang hadir.

Pengurus Besar Kanan, Dato’Haji Halidan bin Md Daud mewakili pihak PKZ Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang memeriahkan majlis dan berharap semua pihak dapat bersama-sama PKZ Pahang dalam meningkatkan kesedaran Masyarakat Islam khususnya di Negeri Pahang bagi menunaikan kefardhuan Zakat dengan jayanya.

‘Seindah Ramadan, Semeriah Syawal Tunaikan Zakat, Sebagai Amal’

Sekian, Terima kasih