Nisab Zakat Semasa RM 15,130.76

BENGKEL KURSUS PENSIJILAN TAKSIRAN ZAKAT

Muadzam Shah – 21 Julai 2017 Bersamaan 27 Syawal 1438H.

Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah bekerjasama dalam mengadakan satu bengkel Kursus Pensijilan Taksiran Zakat bertempat di UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah.

Kursus tersebut telah dijalankan selama 2 hari dimana melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada dalam kalangan Pensyarah Jabatan Akauntan UNITEN dan staff PKZ Pahang. Bengkel ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman kepada peserta berkaitan pengiraan zakat perniagaan serta pendedahan lebih mendalam situasi sebenar pengiraan zakat perniagaan dengan kajian kes yang disediakan.

Ini sekaligus dapat meberi nilai tambah kepada para peserta terutamanya pensyarah UNITEN untuk melebarkan ilmu berkaitan pengiraan zakat kepada para pelajar. Dalam masa yang sama dapat memberi pengetahuan yang luas berkaitan dengan zakat.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Presiden Malaysian Association of Tax Accountants (M.A.T.A) Ybhg. Dato’ Haji Abd Aziz Abu Bakar dan wakil ejen dari firma audit bertauliah iaitu Salihin Consulting Group bagi berkongsi pengalaman pengiraan zakat perniagaan dalam pelbagai industri.

Program telah berlangsung dengan jayanya dan berharap supaya segala ilmu yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada semua pihak