Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

LAWATAN YM TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH KE PKZ PAHANG

Kuantan – 28 Julai 2017. Pusat Kutipan Zakat Pahang dengan rasa berbesar hati telah menerima lawatan Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj baru-baru ini bertempat di Ibu Pejabat PKZ dan Pejabat PKZ Kuantan. Ini sebagai memenuhi keperluan dalam rangka kerja lawatan YM Tengku Hassanal ke anak syarikat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Ketibaan YM Tengku Hassanal jam 11 pagi disambut oleh Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang Dato’Halidan Md Daud dan Setiausaha MUIP Dato’ Ahmad Hairi Hussain. Lawatan bermula di Unit Kaunter Bergerak PKZ dimana YM Tengku Hassanal telah diterangkan secara mendalam tentang fungsi kaunter bergerak tersebut serta lokasi yang sentiasa mendapat sambutan dari pembayar.

Kemudian YM Tengku Hassanal telah didedahkan dengan prosedur untuk membayar zakat di kaunter secara langsung serta pada masa yang sama YM Tengku Hassanal sendiri telah membayar zakat. Lawatan diteruskan dengan YM Tengku Hassanal beramah mesra dengan kakitangan Ibu Pejabat dan YM Tengku Hassanal telah diberi penerangan lebih mendalam mengenai latar belakang, prestasi kutipan dan produk-produk yang diusaha PKZ Pahang oleh Dato’Haji Halidan bin Md. Daud serta ucapan penghargaan oleh Timbalan Yang DiPertua MUIP YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Saham Wakaf.

Majlis berakhir dengan YM Tengku Hassanal makan tengahari di bilik mesyuarat PKZ Pahang.

Semoga lawatan YM Tengku Hassanal ke PKZ Pahang menjadi titik permulaan hubungan yang baik bagi masa kini dan masa hadapan. Menjunjung Kasih YM Tengku.