Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

IBADAH ZAKAT DAN KAITANNYA DENGAN HAJI YANG MABRUR

Cenderawasih, KUANTAN – 17 ogos 2017 Bersamaan 25 Zul Kaedah 1438H.

Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah mengadakan satu taklimat khas bertajuk Ibadah Zakat Dan Hubungkaitnya Dengan Haji Yang Mabrur bersama muslimat di rumah ngaji cenderawasih.

Taklimat khas bersama muslimat tersebut berlansung selama 2 jam yang melibatkan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada bakal Jemaah haji yang mengambil kursus haji ditempat tersebut. Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta kursus haji tentang kewajipan mengeluarkan zakat sebelum melaksanakan ibadah Umrah atau Haji.

Alhamdulillah taklimat tersebut berjalan dengan lancar dan dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada peserta-peserta tersebut.