Nisab Zakat Semasa RM 15,130.76

PKZ MENYERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2017

Kuantan, 31 Ogos ‚Äď Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2017 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur telah diadakan di Padang MPK 1 Kuantan. KDYMM Pemangku Raja Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang telah berkenan bercemar duli berangkat ke majlis tersebut. Majlis ini juga turut dihadiri ialah YAB. Menteri Besar Pahang, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan persekutuan dan ribuan orang ramai yang berada di lokasi sejak daripada awal pagi lagi.

Majlis sambutan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormatan utama yang¬ disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang. Seterusnya lintas hormat 2 buah helikopter daripada Pangkalan TUDM Kuantan yang membawa Jalur Gemilang dan bendera Negeri Pahang. Pertunjukan diudara diteruskan dengan aksi pasukan terjun bebas TUDM yang membawa¬ bendera Jalur Gemilang, bendera Negeri Pahang dan bendera sambutan Hari Kebangsaan.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, persembahan pembukaan gendang dan tarian tradisional daripada pelbagai kaum di Malaysia dan pertunjukan tempur tanpa senjata dan tempur bersenjata oleh pasukan ATM.

Acara kemuncak sambutan Hari Kebangsaan adalah perarakan kontinjen berjalan kaki dan perarakan kenderaan daripada pelbagai jabatan negeri dan persekutuan. Dalam segmen ini pihak PKZ Pahang telah berkolaborasi dengan pihak Majlis Ugama Islam Pahang menghantar 50 orang wakil kontinjen kawad dan beberapa buah kenderaan untuk perarakan kenderaan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah mengambil bahagian dan menyerikan majlis sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2017 dengan tema ¬†‚ÄúNegaraku Sehati Sejiwa‚ÄĚ