Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

PELANCARAN APLIKASI BIZZAKAT PKZ PAHANG

Kuantan – 29 Ogos 2017. Pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) terus mengorak langkah dalam mengadaptasikan penggunaan aplikasi ICT dalam urusan kempen zakat dengan melancarkan aplikasi terbaharu yang diberi nama “ BizZakat”.

Pelancaran Aplikasi BizZakat tersebut telah diadakan sempena Majlis Multaqa Ilmuan dan Profesional Pahang bertempat di Grand Darul Makmur Hotel kuantan. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta’in Billah.

Bertepatan dengan tema majlis tersebut ‘Peranan Ilmuwan dan Profesional Pahang Dalam Memangkin Kelestarian Dakwah dan Pembangunan Ummah’ Aplikasi BizZakat dijangka akan menjadi satu alat yang penting dalam mempertingkatkan usaha dakwah dan memantapkan ekonomi ummah.

Dalam majlis tersebut, turut ditayangkan video mengenai kepentingan Aplikasi BizZakat dalam kehidupan masyarakat dan keterangan ringkas mengenai BizZakat.

Pihak PKZ Pahang meranfak sembah kepada Tuanku kerana sudi melancarkan Aplikasi BizZakat dan berharap supaya Aplikasi BizZakat dapat memberi manfaat kepada masyarakat di Negeri Pahang amnya dan khususnya dapat memberi situasi menang menang kepada pembayar zakat perniagaan dan PKZ Pahang.

“ LEBIH BERKAT, LEBIH TERJAMIN’