Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

ITS SEMINAR GEN-Z DAY

Tanjung Lumpur – 26 September 2017 Bersamaan 5 Muharram 1439H.

Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) dan Kolej Yayasan Pahang (KYP) telah bekerjasama dalam melaksanakan satu seminar zakat bertempat di Akademi Pengajian Islam Kolej Yayasan Pahang (KYP) di Tanjung Lumpur.

Seminar berikut telah berlangsung selama sehari bermula pada jam 8 pagi sehingga 4.30 petang, Seramai 200 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Pengajian Islam dan Perakaunan serta Perbankan. Seminar ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman kepada para peserta berkaitan Pensyariatan Zakat serta kaedah pengiraan zakat harta dan mengfokuskan penerangan tentang zakat perniagaan kepada pelajar Perakaunan dan Perbankan secara lebih terperinci beserta kaedah yang digunapakai oleh pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang melalui kajian kes yang disediakan

Matlamat PKZ Pahang untuk menyebarkan pengetahuan tentang zakat harta serta sebagai nilai tambah kepada setiap pelajar iaitu dengan mengadakan seminar-seminar zakat di IPT-IPT yang terpilih untuk mendidik generasi baru akan kepentingan pengetahuan tentang zakat harta

Program ini dimulai dengan ucapan perasmian oleh Naib Presiden Perhubungan Industri dan Pembangunan Pendidikan KYP iaitu Dr. Hafizan Bt Matsom serta ucapan dari Yang Hormat Dato’ Hj Halidan B Md Daud selaku Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, dan seterusnya pembentangan 3 kertas kerja dari PKZ.

Sepanjang seminar berjalan pelajar-pelajar menunjukkan respon yang positif dan keterujaan mereka untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang zakat harta. Semoga seminar yang telah dijalankan ini memberi manfaat kepada generasi muda yang menjadi tunggak kepada Syiar Islam dan dapat menyebarkan dakwah zakat ini kepada seluruh umat Islam. Seminar ini telah berakhir dengan jayanya pada jam 4.30 petang.