Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

PROGRAM TALK GEN Y "AKU TERIMA ZAKAT”

Gambang – 3 Oktober 2017 Bersamaan 11 Muharram 1439H.

Satu seminar zakat telah diadakan di dewan Astaka UMP anjuran Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) dan kerjasama dengan Pusat Islam Dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Alhamdulillah, pada 3 oktober 2017 jam 8 malam sehingga 11 malam telah diadakan satu program iaitu seminar zakat yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) seramai 175 orang dimana terdiri daripada pelajar jurusan Teknologi dan juga Kejuruteraan.

Program ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman kepada para peserta berkaitan dengan ilmu zakat harta dan para pembentang mengfokuskan juga kepada pengenalan aplikasi dari PKZ iaitu ZakatKlik, Zakat Chat dan juga Bizzakat. Dalam pada itu, para pelajar kelihatan teruja dengan pengenalan aplikasi tentang zakat yang menjadi satu inovasi pada masa kini dimana dengan penggunaan teknologi terkini dalam penyampaian maklumat zakat seiring dengan perkembangan dan pendekatan masa kini.

Program telah Berjaya dilaksanakan dengan lancar dan pihak PKZ mengharapkan setiap apa yang disampaikan dapat memberikan manfaat yang berpanjangan kepada setiap peserta.