Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

KURSUS PENGURUSAN HARTA MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN ZAKAT HARTA

Indera Mahkota, Kuantan – 20 Oktober 2017 Bersamaan 29 Muharram 1439H.

Satu kursus pengurusan harta menurut pandangan Islam telah dilaksanakn di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian bertempat di Dewan Berlian Pejabat Tanah dan Galian Indera Mahkota Kuantan.

Dalam memberi kesedaran kepada masyarakat umum pelbagai kaedah dan cara telah dilakukan oleh pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang untuk menyebarkan dakwah tentang Zakat Harta. Berikutan itu telah diadakan kursus berkaitan pengurusan harta menurut pandangan Islam di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian yang melibatkan seramai 40 orang kakitangan daripada jabatan tersebut.

Kursus ini berlangsung pada jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari dan mempunyai 3 slot iaitu slot yang pertama disampaikan oleh Ustaz Mohamed Fuad bin Zainudin selaku Ketua Bahagian Potongan Zakat Berjadual, slot kedua oleh En.Nasir Bin Abu selaku Penolong Pegawai Pemasaran dan juga slot terakhir iaitu Ustazah Fatin Nor Azrin Binti Omar selaku Penolong Pegawai Dakwah Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Kursus ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada kakitangan-kakitangan jabatan ini tentang menguruskan harta iaitu berkaitan dengan harta pusaka dan zakat harta. Dalam pada itu, aplikasi-aplikasi daripada PKZ juga turut diperkenalkan iaitu antaranya ZakatKlik,Zakat Chat dan Bizzakat bagi membantu mereka mengenali aplikasi-aplikasi baru yang disediakan oleh PKZ Pahang.

Semoga setiap yang dikongsikan memberi manfaat dan menambahkan lagi pengetahuan mereka tentang apa yang telah Berjaya disampaikan.