Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

PAHANG JUARA KEJOHANAN BADMINTON ZAKAT CUP 2017

Kuala Lumpur-22 Oktober 2017. Pusat Kutipan Zakat Pahang berjaya mencapai misi untuk membawa pulang semula Piala Kejohanan Badminton Zakat Cup 2017 edisi ke 9 dengan berjaya merangkul kejuaraan untuk kali yang ke-6 sepanjang penyertaan.

Kejohanan dwi tahunan ini berlangsung selama 2 hari bermula pada 21 Oktober 2017 dan berakhir pada 22 Oktober 2017 bertempat di Kompleks MSN Setiawangsa, Kuala Lumpur. Kejohanan disertai oleh 16 agensi mengurus zakat negeri jemputan daripada Indonesia, Kantor Pusat Dompet Dhuafa Republika.

PKZ Pahang bermula garang dengan mengalah tiga pasukan lawan lawan dalam peringkat kumpulan dengan `straight set' dan pertemuan sengit berlangsung ketika bertemu seteru utama daripada negara seberang iaitu Pusat Dompet Dhuafa pada peringkat separuh akhir dengan kemenangan berpihak pada PKZ Pahang melalui kiraan jumlah mata 152-147 setelah masing-masing terikat kedudukan 2-2.

Pusingan akhir pula, PKZ Pahang bertemu dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan kemenangan berpihak kepada PKZ Pahang 3-1 (berpasukan). Bagi peringkat bergu veteran pula, PKZ Pahang hanya layak ke peringkat suku akhir sahaja.

Di samping PKZ Pahang yang menjadi juara dalam kejohanan ini, naib johan telah dimenangi oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) manakala tempat ketiga menjadi milik Kantor Pusat Dompet Dhuafa Republika Indonesia dan tempat keempat milik Pusat Kutipan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Tahniah diucapkan kepada PPZ – MAIWP di atas kelolaan acara dwi tahunan ini dengan jayanya dan berharap semoga dengan acara ini dapat mengeratkan ukhuwah antara negeri khususnya agensi mengurus zakat dan Majlis Agama Islam Negeri. Salam Ukhuwah, Salam Kemenangan.