Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

HALAQAH PENSYARIATAN DAN KAEDAH KIRAAN ZAKAT

Kampung Selamat, KUANTAN – 20 November 2017 Bersamaan 2 Rabiul Awal 1439H.

Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah mengadakan satu halaqah ringkas tentang Zakat bersama Jemaah muslimat kampung selamat di Masjid Al-Munir kampung selamat.

Halaqah ringkas bersama muslimat tersebut berlansung selama 1 jam yang melibatkan seramai 12 orang jemaah yang terdiri daripada penduduk disekitar kampung tersebut, halaqah tersebut disampaikan oleh Ustazah Fatin Nor Azrin Omar. Halaqah ini diadakan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada muslimat tentang kewajipan mengeluarkan zakat. Menyampaikan apa itu zakat, bahagian zakat, jenis-jenis zakat dan cara mengira zakat yang sepatutnya dikeluarkan.

Alhamdulillah halaqah ringkas tersebut berjalan dengan lancar dan dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada muslimat yang hadir pada hari tersebut.

Sekiranya ada yang ingin menjemput PKZ Pahang untuk penerangan tentang zakat bolehlah menghubungi kami melalui website www.zakatpahang.my atau hubungi kami ditalian 09-5131515.