Nisab Zakat Semasa RM 14,142.50

BAYARAN ZAKAT DAN KUNJUNGAN McDONALD’S MALAYSIA KE PKZ PAHANG

Petaling Jaya – Satu majlis kesyukuran telah diadakan oleh pihak McDonald’s Malaysia bertempat di Ibu Pejabat McDonald’s pada 11 Januari 2018. Majlis itu bersempena serahan zakat perniagaan dan sesi sidang media. Selain itu juga, pihak McDonald’s turut membuat hebahan mengenai pemilikan baharu bagi McDonald’s Malaysia iaitu milik Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd , anak syarikat kepada Reza Group dari Arab Saudi bermula 1 Disember 2016.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Selangor. Pihak McDonald’s juga bebesar hati dengan membenar para jemputan untuk melawat ke Restaurant McDonald’s yang bertempat di bangunan yang sama untuk melihat cara operasi restaurant dengan lebih dekat.

Dalam majlis berasingn, pihak McDonald’s Malaysia yang diketua Pengarah kanan Sumber Manusia / Pengerusi Ahli Jawatankuasa Halal, Encik Azhar Darbi membuat lawatan rasmi ke PKZ Pahang pada 18 Januari 2018. Turut sama dalam majlis tersebut terdiri wakil jawatan kuasa halal McDonald’s Malaysia, pengurus operasi dan pengurus besar restauran.

Dikesempatan itu, pihak McDonald’s Malaysia memberi taklimat teperinci serta menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh kakitangan Ibu Pejabat PKZ Pahang.berita24januari2018b