Nisab Zakat Semasa RM 14,383.54

ZAKAT SATU PENYUCIAN

SURAU AL-HIDAYAH,PELINDUNG BESERAH – 21 Januari 2018 Bersamaan 4 Jamadilawal 1439H.

Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah dijemput oleh AJK surau Al-Hidayah bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk “Zakat Satu Penyucian”, di mana ceramah tersebut dihadiri oleh penduduk yang berada di kawasan sekitar kampung pelindung. Seramai 42 orang jemaah muslimat menghadiri ceramah pada hari tersebut.

Program berlangsung pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang di mana pada masa yang sama sesi penyampaian dan soal jawab terus dilaksanakan. Ceramah disampaikan oleh wakil pegawai dari dakwah PKZ iaitu Ustazah Fatin Nor Azrin Binti Omar, intipati ceramah beliau adalah bagaimana zakat boleh menyucikan diri dan hati serta harta seseorang. Alhamdulillah program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang positif dari semua pendengar yang hadir.

Semoga matlamat Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) untuk menyebarkan pengetahuan tentang zakat secara berterusan dapat dicapai dengan adanya program seperti ini.Segala penjelasan dan juga kaedah pelaksanaan rukun Islam yang ketiga ini dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat Islam terutamanya yang telah mencukupi syarat wajib membayar zakat.

Anda ingin menjemput pihak kami bagi penerangan tentang zakat, sila hubungi kami di talian 09-5131515 atau terus ke laman web kami www.zakatpahang.my