Nisab Zakat Semasa RM 14,142.50

BERZAKATLAH UNTUK MENYUCIKAN HARTA

Pasar Tani Pekan – 24 Januari 2018 Bersamaan 7 Jamadilawal 1439H.

Bahagian Dakwah dan Unit Kaunter Bergerak Pusat Kutipan Zakat Pahang bekerjasama dalam program turun ke Pasar Tani Pekan untuk memberi penerangan tentang zakat perniagaan serta pada masa yang sama menyediakan kaunter bergerak untuk memudahkan urusan peniaga-peniaga di pasar untuk membuat taksiran dan membayar zakat.

Pasar Tani tersebut mula beroperasi pada jam 7 pagi sehingga jam 12 tengahari.Selama berada di situ, petugas PKZ mengedarkan brosur yang berkaitan tentang zakat perniagaan dan memberi taklimat ringkas kepada para peniaga di sekitar Pasar Tani tersebut. Oleh yang demikian usaha ini dapat membantu serta meningkatkan kefahaman para peniaga berkaitan Pensyariatan Zakat serta kaedah pengiraan zakat terutamanya zakat perniagaan.

Semoga matlamat Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) untuk menyebarkan pengetahuan tentang zakat secara berterusan dapat di capai dengan adanya program seperti ini agar segala penjelasan dan juga kaedah pelaksanaan rukun Islam yang ketiga ini dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat Islam terutamanya yang telah mencukupi syarat wajib membayar zakat.

Berzakatlah baru rezeki berkat dan dengan berzakat juga dapat menyucikan harta kita, InshaAllah.

Sekiranya anda ingin menjemput pihak kami bagi penerangan tentang zakat, sila hubungi kami di talian 09-5131515 atau terus ke laman web kami www.zakatpahang.my