Nisab Zakat Semasa RM 14,142.50

SERAHAN ZAKAT KORPORAT

23 MAC 2018 bersamaan 05 REJAB 1439H

Istana Abdul Aziz, Bukit Istana Pahang

Segala puji dan syukur kehadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, 4 badan korporat dengan jayanya telah menunaikan fadhu zakat bagi suku tahun pertama 2018.

Majlis penyerahan zakat tersebut disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Al-MUsta’in Billah bertempat di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana Kuantan.

Turut hadir dalam majlis tersebut YH Dato’ Ahmad Hairi Bin Hussin, Setiausaha Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Dato’ Hj Halidan Md Daud

Berikut adalah wakil-wakil badan korporat yang telah menyerahkan zakat tersebut: 1. Ybhg. Dato’ Badlishah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji telah menyerahakan zakat sebanyak RM 3,200,185.01 2. Ybhg. Datuk Zamani Abdul Ghani, Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM 371,826.66 3. YH Prof. Dato’ Sri Dr. Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim, Pengarah Syarikat UMP Holdings Sdn Bhd telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM 187,747.25 4. Encik Ferdaus Toh Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad telah menyerahakan zakat perniagaan sebanyak RM 100,000.00.

Dalam majlis tersebut, KDYMM Pemangku Raja Pahang selaku Yang DiPertua MUIP telah bertitah dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembayar zakat khususnya kepada pembayar zakat yang mengeluarkan zakat kepada PKZ Pahang. Tambahnya, segala duit zakat telah diagihkan kepada 8 asnaf secara telus oleh pihak MUIP selaku amil agihan untuk Negeri Pahang. KDYMM Pemangku Raja Pahang juga turut berharap kutipan zakat bagi negeri Pahang terus meningkat sekaligus dapat menambah bilangan bantuan kepada 8 asnaf di Negeri Pahang.

Pada tahun lepas, PKZ berjaya mencapai sasaran kutipan zakat harta berjumlah RM126.6 juta melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam Pahang iaitu RM120 juta. Justeru, pada tahun ini mensasarkan kutipan zakat berjumlah RM130 juta daripada 85 ribu pembayar. Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan, pihak PKZ mengenal pasti 5 fokus utama yang perlu dilaksanakan iaitu Z-Barakah (pendapatan), Z-Tijari (Perniagaan), Z-Step (simpanan, ternakan dan pertanian), Z-ProDak (promosi dan dakwah) serta Z-Smart (aplikasi ICT).

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua badan korporat tersebut kerana telah melaksanakan ibadah zakat serta semua muslimin dan muslimat.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati ALLAH SWT. Sentiasa. Amin.