PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2024/1446H

KUANTAN, 16 September 2024 bersamaan 12 Rabiulawwal 1446 Hijrah –Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah menyertai Perbarisan Dan Sepanduk bagi kategori Badan Berkanun/Swasta/NGO sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad…

DAKWAH ZAKAT DI MASJID JERAM LANDAK

LIPIS, 6 September 2024 – Telah menjadi kelaziman pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) memberi penerangan berkaitan zakat harta di seluruh masjid di sekitar negeri Pahang dalam usaha memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat Islam. Dakwah zakat ini…

SEMINAR ZAKAT DAN WAKAF DI POLISAS

KUANTAN, 3 September 2024 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dan Wakaf Pahang dengan kerjasama pensyarah Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) telah mengadakan satu Program Seminar Zakat dan Wakaf. Seminar ini telah berlangsung pada jam 9 pagi sehingga 1 petang…

FGV HOLDINGS TUNAI ZAKAT DAN MENGAGIHKAN WAKALAH ZAKAT

KUANTAN, 29 Ogos 2024 – Pusat Kutipan Zakat Pahang – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (PKZ-MUIP) menerima RM1.6 juta bayaran zakat daripada FGV Holdings Berhad. Pengerusinya, YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan…

OPS BISNES DAERAH PEKAN

CHINI, 21 Ogos 2024 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) Zon Timur telah mengadakan satu program “Ops Bisnes”. Program ini dilaksanakan secara berkumpulan yang melibatkan seramai 11 orang kakitangan dari Zon Timur yang dibahagikan kepada empat kumpulan. Kumpulan tersebut akan…