KUANTAN, 10 Januari 2023 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah sudi berkunjung ke Pusat Kutipan Zakat (PKZ Pahang) bagi berbincang tentang kerjasama media dan bertukar-tukar pandangan untuk pembangunan umat Islam di Malaysia khususnya di Negeri Pahang. Kunjungan IKIM diketuai oleh Prof. Madya. Dr. Mohamed Azam Bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM bersama Tuan Haji Mahathir Shaharudin, Pengurus Besar Radio IKIM, Hajah Fairuz Haji Noordin, Pengurus Rancangan Radio, Hajah Nik Hasnah Binti Ismail, Pengurus Korporat IKIM dan beberapa pegawai IKIM yang lain.
PKZ Pahang berbesar hati menerima kunjungan ini dengan majlis sambutan diketuai oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat & wakaf Pahang, YH Dato’ Hj. Halidan Bin Md Daud bersama Timbalan Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Pahang, Encik Khairuddin Bin Ismail, Imam Besar Masjid Sultan Ahmad 1, YH. Dato’ Haji Ustaz Badlishah Bin Haji Alauddin, serta Ketua-ketua Bahagian PKZ Pahang di Ibu Pejabat.

Objektif kunjungan ini adalah bertujuan membincangkan beberapa perkara termasuk mengenai strategi kempen media tentang zakat dan wakaf serta program-program khas kempen zakat. PKZ Pahang dan IKIM bertukar-tukar pandangan dan cadangan serta menyetujui beberapa perkara berkenaan perlaksanaan kempen di Radio IKIM sendiri.
PKZ Pahang merakamkan penghargaan kepada IKIM di atas kesudian mengunjungi pihak ibu pejabat dan berharap agar silaturrahim yang telah terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Wan Nor Mazuani bin Wan Mokhtar
Ketua Unit Media Sosial
Pusat Kutipan Zakat Pahang