KUJUNGAN HORMAT PKZ DI JABATAN – JABATAN SEKITAR PEKAN

20 JANUARI 2023, PEKAN – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) daerah Pekan telah mengadakan kunjungan hormat terhadap beberapa jabatan di sekitar daerah Pekan. Di antara jabatan-jabatan yang dikunjungi adalah DRHB HICOM, Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Pejabat Belia dan Sukan, Pejabat Pembangunan Asnaf dan Kem 136 Rejimen 505 Askar Wataniah.

Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Penolong Pengurus PKZ Cawangan Pekan, Tuan Haji Khairul Anuar bin Abdullah Dan Penyelaras Operasi daerah Pekan, Mohd Faiz bin Mohd Shukor. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi membincangkan strategi dakwah zakat dan wakaf kepada kakitangan di jabatan masing-masing.

Semoga dengan wujudnya hubungan baik yang terjalin antara jabatan-jabatan ini dapat dapat meningkatkan lagi kesedaran berzakat dan wakaf di kalangan penjawat awam dan swasta di negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial