KUANTAN, 03 Februari 2023 – Kempen penerangan berkenaan Skim Wakalah Zakat sekolah di daerah Kuantan yang telah dilancarkan tahun lalu diterusan pada tahun 2023 sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran menunaikan ibadah zakat harta secara umum dan zakat pendapatan khususnya.
Pelaksanaan Wakalah Zakat kepada sekolah-sekolah di negeri Pahang diteruskan kerana Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) amat prihatin terhadap asnaf-asnaf yang terdapat di sekolah-sekolah sekaligus dapat membantu pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mendapatkan dana demi manfaat pelajar-pelajar miskin dan pengurusan surau sekolah.

Sepanjang Januari 2023, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) daerah Kuantan telah mengadakan 4 program taklimat dan kaunter melalui pendekatan Personal Touch bersama Pengetua dan Guru Besar yang berpotensi memperolehi wakalah tersebut. Di antara sekolah yang dikunjungi adalah SRK Sultan Abdullah & SMK Pandan (18 Januari), SMK Sungai Isap (27 Januari) dan SMK Lepar, Jalan Kuantan Segamat (31 Januari).
Penyertaan kakitangan sekolah-sekolah tersebut amatlah menggalakkan dan borang PZB terkumpul berjumlah 118 orang kakitangan.
Disediakan oleh,
Amin Kushairi bin Ramli
Unit Majikan PZB
PKZ Cawangan Kuantan