9 FEBRUARI 2023, Pahang – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) sedang giat menjalankan kempen pengembalian semula wang zakat (Wakalah) kepada guru-guru di sekolah-sekolah seluruh Pahang. Pegawai PKZ Pahang telah menziarahi sekolah-sekolah di setiap daerah bagi menyampaikan penerangan kepada warga pendidik berkenaan bayaran zakat melalui potongan gaji dan penerangan berkenaan kempen Wakalah Sekolah. Program ziarah dan taklimat PKZ ke sekolah-sekolah ini telah diadakan di setiap daerah samaada dalam bentuk taklimat, kaunter atau sempena Latihan dalam Perkhidmatan guru-guru.



Objektif ziarah dan taklimat ini adalah bagi memberi penerangan berkenaan Skim Wakalah Zakat sekolah kepada warga pendidik sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran menunaikan ibadah zakat harta secara umum dan zakat pendapatan khususnya. Selain itu, pihak sekolah juga turut diterangkan panduan dan syarat kelayakan bagi membolehkan sekolah untuk memohon wakalah. Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan bilangan potongan zakat berjadual di kalangan guru dan kakitangan sekolah. Pada masa yang sama kakitangan PKZ juga turut mempromosikan kesedaran berwakaf melalui potongan gaji kepada kakitangan sekolah.
Diharap dengan adanya program wakalah sekolah ini, dapatlah menggalakkan warga pendidik untuk membuat potongan zakat bulanan kerana dengan dengan berzakat mereka turut mendapat dapat hak mengagihkan zakat kepada asnaf di sekolah masing-masing seperti pelajar-pelajar miskin, pelajar mualaf, aktiviti keagamaan dan kelengkapan surau.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang