KUANTAN, 13 Mei 2023 – Koperasi Pembangunan Daerah Kuantan dan Koperasi Kawasan Paya Besar telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2021 berjumlah RM41,245.24 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam dua majlis berasingan.
Majlis serahan zakat dan sambutan Hari raya Aidilfitri Koperasi Pembangunan Daerah Kuantan telah berlangsung pada 06 Mei 2023 bertempat di Kompleks Sri Dagangan Indera Mahkota manakala majlis Koperasi Kawasan Paya Besar berlangsung pada 13 Mei 2023 berlangsung di Dewan PM Najib, Jalan Gambang. Koperasi Pembangunan Kuantan diwakili oleh Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi, Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain telah menyerahkan zakat sebanyak RM30,337.11 sambil disaksikan oleh Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, YB Ir Razali bin Kassim.
Manakala Koperasi Kawasan Paya Besar juga diwakili oleh Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi, Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain yang menyerahkan zakat sebanyak RM10,908.13 dan disaksikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah. Penerimaan zakat bagi pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat Pahang, Haji Che Samsol bin Ibrahim.
Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada pihak koperasi yang melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam dan didoakan semoga semakin bertambah keuntungan diperolehi di masa mendatang.
Disediakan Oleh
Muhamad Kamil bin Abdul Hamid
Pembantu Pegawai Zakat Kuantan