MCDONALD’S MALAYSIA MENUNAIKAN ZAKAT KORPORAT

KUANTAN, 17 JUN 2023  – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) dengan kerjasama pihak McDonald’s Malaysia telah meraikan 50 orang anak-anak yatim di dalam Majlis Pembayaran Zakat McDonald’s Malaysia dan Majlis Tautan Mahabbah bersama anak yatim YASA-MUIP Dan Permata Al-Kauthar yang bertempat di Akademi YASA-MUIP, Kompleks Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota 8, Kuantan.

McDonald’s Malaysia telah diwakili oleh Encik Azhar bin Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s manakala Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) diwakili YBhg. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal Dan Operasi) dan Pusat Kutipan Zakat Pahang pula diwakili Haji Che Samsol bin Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah 20 orang kakitangan McDonald’s Malaysia, PKZ Pahang dan MUIP. Dalam majlis ini juga, pihak McDonald’s juga turut menyumbangkan kasut sukan dan mengagihkan produk makanan keluaran syarikat mereka kepada para anak yatim yang hadir.

Dalam majlis tersebut juga MacDonald’s Malaysia yang dimiliki oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd telah menyerahkan zakat perniagaan mereka sebanyak satu ratus ribu ringgit (RM100,000). Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada pihak McDonald’s Malaysia dan seluruh kakitangannya.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial