TAKLIMAT WAKALAH SEKOLAH DAN KORPORAT PKZ PAHANG

KUANTAN, 21 JUN 2023, Memberikan perkhidmatan yang terbaik, bertanggungjawab, amanah, cekap dan mesra kepada pelanggan merupakan polisi utama dalam gerak kerja Pusat Kutipan Zakat Pahang. Antara usaha yang dijalankan ialah mengadakan taklimat dan bengkel secara berterusan untuk pemantapan kaedah kerja di kalangan kakitangan.

Bagi mencapai polisis digariskan, Bahagian Potongan Gaji PKZ Pahang telah mengadakan Bengke l Pemantapan Proses Wakalah yang melibatkan 26 kakitangan operasi Pusat Kutipan Zakat Pahang bertempat di Dewan Seminar Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Wakalah merupakan pemulangan semula wang zakat kepada pembayar yang telah melepasi syarat yang telah ditetapkan untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. Program ini masih diperingkat baru dan memerlukan pendedahan berterusan bagi memastikan kelancaran terjamin. Antara pengisian sepanjang bengkel tersebut adalah meningkatkan kefahaman berkaitan wakalah di kalangan kakitangan terutama melibatkan sistem dan proses kerja wakalah itu sendiri. Pendedahan ini penting bagi memastikan info yang disalurkan tepat dan memenuhi kehendak pelanggan mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.

Dalam majlis penutup bengkel tersebut, Timbalan Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim telah berpesan di dalam ucapannya, “Wakalah ini merupakan strategi untuk mendekatkan lagi masyarakat dengan Ibadah Zakat. Dengan Wakalah, pembayar berpeluang secara langsung untuk menguruskan sendiri sebahagian wang zakat yang telah dibayar. Namun ia masih baru dan memerlukan petugas-petugas PKZ untuk merencanakan strategi kerja yang berkesan untuk menyebarluaskan info berkaitan wakalah kepada masyarakat. Diharap matlamat kita menjadi institusi zakat yang cemerlang dan berwibawa ke arah membangunkan sosio ekonomi ummah tercapai”.

Disediakan oleh,
Mohd Farid Bin Ishak
Bahagian Potongan Gaji
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial