KAUNTER KUTIPAN ZAKAT DI FELDA KECHAU 1

KUALA LIPIS, 21 Jun 2023 – Sejajar dengan kenaikan harga minyak sawit di pasaran dunia, maka para warga peneroka FELDA juga turut menerima tempias laba dengan menikmati kenaikan harga buah sawit menghampiri RM800/tan. Alhamdulillah impaknya semakin ramai para meneroka yang telah menunaikan ibadah zakat mereka di Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ).

Bagi mempastikan setiap lapisan peneroka memahami kefardhuan dan kaedah pengiraan zakat hasil ladang ini, Pusat Kutipan Zakat Cawangan Lipis telah merancang pelbagai program penerangan seperti kuliah, khutbah, penerangan semasa roll call, taklimat berkelompok dan ziarah blok. Di antara program bulanan yang diadakan adalah pembukaan kaunter zakat di pekan sehari Felda Kechau 1,  

Sepanjang tahun ini, semenjak kaunter kutipan dibuka dari bulan Januari lalu seramai 43 pembayar telah menunaikan bayaran zakat dan wakaf dengan amaun bayaran sebanyak RM 4,584.00 telah berjaya dikutip oleh PKZ Cawangan Lipis bagi program kaunter di Pekan Sehari Felda Kechau 1.

PKZ Pahang merakamkan penghargaan di atas kerjasama mantap daripada para peneroka, pimpinan JKKR dan pihak pengurusan Felda Kechau yang sentiasa memberi sokongan dalam memartabatkan syariat zakat di negeri ini. PKZ Pahang juga mendoakan agar rezeki para peneroka terus dimurahkn rezeki dan diberkati Ilahi.

Disediakan Oleh,
Mohamad Taufiq bin Mohd Suhaimi
Pembantu Pegawai Zakat
Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Lipis

Kongsikan di media sosial