KOPERASI PENEROKA FELDA CHINI SATU BERZAKAT

CHINI, 24 Jun 2023 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Cawangan Pekan telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada Koperasi Peneroka Felda Chini 01 Pekan Bhd (KOPCISA) berjumlah RM 52,914.17 di dalam Majlis Serahan Zakat sempena Mesyuarat Agung Tahunan koperasi yang diadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Chini 1.

Di dalam majlis tersebut bayaran zakat perniagaan dari pihak KOPCISA telah disampaikan oleh Pengerusi KOPCISA Encik Azamin dan diserahkan kepada Pengurus Pejabat Cawangan PKZ Pekan iaitu Tuan Haji Khahirul Anuar bin Abdullah.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada pihak KOPCISA dan seluruh kakitangannya di atas zakat yang telah ditunaikan.

Disediakan oleh,
Mohd Faiz bin Mohd Syukor
Pembantu Pegawai Zakat
Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Pekan

Kongsikan di media sosial