KUANTAN, 4 Julai 2023 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) Cawangan Kuantan telah mengadakan sesi Taklimat Zakat Harta bertempat di KMI Kuantan Medical Centre dan Kolej Cosmopoint Kuantan. Program ini telah dihadiri lebih 50 orang kakitangan daripada kedua-dua institusi yang terlibat dan taklimat berkenaan zakat dan wakaf ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nadhir Syafiq Bin Rameli, Penolong Pengurus Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Kuantan.
Para petugas PKZ Pahang yang terlibat tidak lekang tangan membantu hadirin mengisi borang potongan zakat bulanan (PZB) di samping menjawab persoalan berkenaan zakat dan wakaf Pahang daripada mereka. Pengurus Zon Timur PKZ Pahang, Tuan Haji Azmi bin Othman mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin yang menghadiri sesi taklimat dan berharap semua pihak dapat bersama-sama PKZ Pahang dalam meningkatkan kesedaran masyarakat Islam khususnya di Negeri Pahang bagi menunaikan kefardhuan Zakat
Disediakan oleh,
Mohd Kamil bin Abdul Hamed
Pembantu Pegawai Zakat
Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Kuantan
