PENGUSAHA MUSANG KING MEMBAYAR ZAKAT

RAUB, 10 Julai 2023 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) cawangan Raub telah menyantuni pemilik Zamri Agro Farm yang terletak di Kampung Pamah Rawas, Raub. Encik Zamri bin Othman ini merupakan pengusaha durian musang king terkenal di Raub malah beliau juga merupakan konsultan yang menjadi rujukan penanam musang king dari seluruh Malaysia.

Bagi menunaikan kewajipan sebagai seorang peniaga islam, Encik Zamri telah menjemput wakil PKZ cawangan Raub ke pejabat beliau. PKZ Pahang yang diwakili oleh Ustaz Mohd Khairon bin Umar dan ustaz Hairul Nain Bin Mkhatar bagi menerima bayaran zakat perniagaan yang dibayar oleh pemilik Zamri Agro Farm tersebut. Menurut Encik Zamri berkata, beliau sentiasa mengingatkan rakan kongsi dan pekerjanya supaya jangan lupa mengerjakan solat dan membayar zakat agar setiap usaha yang dilakukan mendapat keberkatan. Hasil pertemuan ini banyak membantu pihak PKZ Pahang untuk menyebarkan dakwah zakat terhadap pengusaha lain selain mengambil aura positif daripada kejayaan beliau dalam bidang perniagaan.

Encik Zamri turut menzahirkan rasa syukur kerana dengan keberkatan berzakat selama ini banyak memudahkan urusan perniagaannya dari semasa ke semasa. Pihak PKZ Pahang mendoakan agar perniagaan beliau terus berkembang maju dan sentiasa diberkati Allah SWT.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial