ZAKAT DAN WAKAF DI KARNIVAL TANAH PAHANG

RAUB, 22 Julai 2023 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) telah menyertai program Karnival Tanah Pahang yang berlangsung di Dewan Jubli, Majlis Daerah Raub. Program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.  Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di antaranya Forum Bicara Tanah yang menerangkan berkenaan pecah sempadan, pusaka, tukar syarat tanah dan wakaf. Turut juga diadakan kaunter kutipan hasil dan pameran agensi di sepanjang program ini berlangsung.

PKZ Pahang juga turut membuat pembentangan berkenaan pengurusan wakaf di negeri Pahang kepada jemputan yang hadir pada karnival tersebut.  Pembentangan telah dilaksanakan oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud. PKZ Pahang turut menyediakan kaunter penerangan dan pembayaran zakat serta wakaf bagi memudahkan tetamu yang hadir berurusan.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan kefardhuan zakat dan wakaf sekaligus mendekatkan masyarakat dengan PKZ Pahang. Adalah diharapkan program seumpama ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kewajipan berzakat dan seterusnya menjadi penyumbang kepada dana zakat dan wakaf negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial