HARI KELUARGA PKZ PAHANG

KUALA TERENGGANU, 29-30 Julai 2023 – Seramai 305 ahli keluarga dari 76 keluarga telah menghadiri Hari Keluarga Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) yang diadakan di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu. Hari keluarga ini telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Kakitangan PKZ Pahang (BAKEP) dengan kerjasama Bahagian Sumber PKZ Pahang yang diadakan selama 2 hari.

Ahli keluarga yang hadir telah menyertai pelbagai program sukaneka seperti baling selipar, musang berjanggut, bawa bola pingpong, kutip gula-gula, kapal terbang kertas dan acara mandi kolam. Pada sebelah malam turut diadakan majlis makan malam perdana dan Kuliah Subuh pada pagi berikutnya.

Menurut Pengurus Besar Pusat Kutipan zakat Pahang, Dato Haji Halidan Md Daud, semoga program Hari Keluarga ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kakitangan PKZ pahang selain medan untuk kakitangan berkenalan dan berinteraksi dengan ahli keluarga rakan sepejabat yang lain. “Setelah 5 tahun tidak diadakan hari keluarga, saya mengharapkan agar program santai ini dapat merapatkan ukhuwah sesama kita dan berperanan sebagai healing dari kepenatan bekerja seharian. Semoga ianya dapat menaikkan semangat untuk terus berkhidmat kepada orang ramai selepas ini”, ujarnya ketika menyampaikan ucapan ketika majlis makan malam.

Turut hadir dalam program ini adalah Pengurus Wakaf Pahang, Encik Qumeyza Safuan bin Sulaiman dan beberapa kakitangan beliau.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial