BENGKEL BIZZAKAT PKZ PAHANG

KUANTAN, 6 September 2023 – Baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Ke Arah Pelaksanaan Sistem Bizzakat ke Seluruh Pengurusan Zakat Negeri-Negeri bersama wakil daripada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bertempat di Hotel Sri Manja, Kuantan. Program yang berlangsung selama satu hari ini telah melibatkan kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) yang terdiri daripada Pengurus Zon dan Penolong Pengurus Zon dan turut disertai 10 orang wakil daripada PPZ-MAIWP. Turut hadir bersama di dalam majlis tersebut adalah Pengaturcara BizZakat, En. Abdussalaam Syaahid bin Mohd Fauzi. Tujuan program ini diadakan adalah bagi membincangkan dan bertukar buah fikiran bagi pelaksanaan sistem Bizzakat ke seluruh Negeri di Malaysia berjalan dengan baik.

Pihak PKZ Pahang berharap agar pertemuan dan perkongsian ini dapat membina jaringan kerjasama strategik di antara kedua-dua institusi agama Islam dan seterusnya dapat menyemarakkan lagi syiar agama yang mulia ini khususnya di Negeri Pahang. Semoga dengan usaha ini kita dapat membantu lebih ramai lagi peniaga-peniaga yang membayar zakat di seluruh Malaysia.

Disediakan oleh
Wan Nor Mazuani bin Wan Mokhtar
Ketua Unit Media Sosial
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial