Satu lagi aset digital bernilai dan berguna untuk semua orang bukan sahaja masyarakat di Negeri Pahang bahkan untuk masyarakat dari negeri lain juga. Pusat Kutipan Zakat Pahang berjaya menghasilkan sebuah platform direktori terbesar di negeri Pahang yang menyenaraikan semua usahawan muslim berzakat di negeri ini. Untuk info lanjut layari www.bizzakat.my
Dengan wujudnya platform sebegini, ia amat membantu pengguna mendapatkan segala macam perkhidmatan di negeri ini dengan mudah.
Mesti ada dikalangan masyarakat negeri lain yang ingin datang bercuti ke Negeri Pahang kan? BizZakat inilah boleh dijadikan sebagai rujukan untuk mencari apa yang istimewa di Negeri Pahang. Pusat Kutipan Zakat Pahang menyediakan pelbagai keistimewaan dengan adanya www.bizzakat.my kepada pengunjung yang ingin datang ke Negeri Pahang.
Buat pengetahuan anda, bizzakat.my merupakan sebuah laman web direktori yang menyenaraikan semua perniagaan (dalam pelbagai kategori) di negeri Pahang dan buat masa ini Negeri Pahang merupakan pemula bagi mewujudkan portal seperti ini bagi memudahkan urusan pengguna.
Menariknya, laman web BizZakat ini sungguh mesra pengguna. Tab navigasi yang kemas dan paling penting sangat mobile friendly. Portal terbaru ini boleh diakses pada dekstop atau peranti pintar. Boleh juga dilihat di portal www.zakatpahang.my
Apa yang ada dalam portal www.bizzakat.my ?
Sebagai sebuah laman web direktori, sudah tentu ia menyenaraikan pelbagai macam servis dan perkhidmatan. Anda boleh cari apa sahaja yang berdekatan di negeri Pahang dengan mudah dan ini lah istimewa dari Pusat Kutipan Zakat Pahang.
Contohnya tempat makan, pusat servis kereta, penginapan, pembekal barangan runcit, pusat penjagaan haiwan, kedai serbaneka, servis lokal termasuk usahawan asnaf. Satu tempat boleh cari semua yang anda nak di negeri Pahang. Mudah bukan?
Bagi pengguna dari negeri luar, ianya sangat membantu untuk anda akses kepada tempat tinggal, masakan popular Pahang, chalet-chalet tepi pantai ataupun tempat tumpuan pelancong yang terdapat dalam negeri Pahang.
Bagai peniaga pula, anda daftarkan perniagaan anda di bizzakat.my. Percuma. Boleh lihat rujuk https://bizzakat.my/sertai-kami/
Maklumat lanjut layari www.bizzakat.my atau www.zakatpahang.my
Dengan adanya BizZakat ini, diharapkan agar lebih ramai usahawan Pahang yang ingin menyertainya dan memberi segala macam kemudahan untuk pengguna yang menggunakan platform BizZakat.
Sekarang kita semua tidak perlu risau lagi ingin mencari produk yang halal dan toiyyiba. Kerana di BizZakat, pastinya halal pastinya berkat.
Disediakan oleh:
Pusat Kutipan Zakat Pahang