KUANTAN, 27 September 2023 – 19 badan korporat telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM19,328,282.31 juta ringgit kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di dalam dua majlis berasingan. Di dalam majlis Serahan Zakat Badan Korporat yang berlangsung di Istana Abduaziz Bukit Istana, Kuantan pada 20 September 2023 yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud.
Tujuh (7) buah Badan Korporat terlibat yang telah menunaikan zakat perniagaan dalam majlis tersebut adalah:
- Lembaga Tabung Haji (RM4,937, 815.88)
- YP Plantation Holdings Sdn Bhd (RM1,243,881.03)
- Etiqa Takaful Group Berhad (RM1,060,000.00)
- Tenaga Nasional Berhad (RM1,000,000.00)
- UMW Holdings Berhad (RM1,000,000.00)
- Bank Kerjasama Malaysia Berhad (RM702,871.00)
- Bank Islam Malaysia Berhad (RM460,000.00)
Dalam majlis berasingan, satu Majlis Serahan Zakat perniagaan berlangsung pada 27 September 2023 yang diadakan di Dewan Perdana, Hptel Grand Darulmakmur di mana sebanyak 12 badan Korporat telah menyerahkan zakat perniagaan mereka kepada Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al – Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut hadir dalam majlis tersebut Ahli Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Yang Hormat Dato’ Sri Md Sharif bin Shamsuddin, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP YH Dato Ahmad Hairi bin Hussain dan Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud.
Dalam majlis tersebut, 12 buah Badan Korporat terlibat yang telah menunaikan zakat perniagaan mereka:
- Alam Flora Group (RM1,485,121.66)
- PKPP Agro Sdn Bhd (RM 210,709.35)
- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) (RM 198,722.31)
- Bank Muamalat Malaysia Berhad (RM 169,815.43)
- KMI Kuantan Medical Centre Sdn Bhd (RM 123,339.01)
- Tanah Makmur Berhad & Kumpulan (RM 140,000.00)
- Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad (RM109,000.00)
- MUIP Plantation Sdn Bhd (RM 100,000.00)
- Pusat Dialisis MUIP (RM 100,000.00)
- Koperasi LKPP Pahang Berhad (RM 100,000.00)
- Bank Simpanan Nasional (RM 80,000.00)
- Public Islamic Bank Berhad (RM 70,000.00)
Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada pihak koperasi yang melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam dan didoakan semoga semakin bertambah keuntungan diperolehi di masa mendatang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
