PAHANG SPECIALIST HOSPITAL SDN BHD TUNAI ZAKAT

KUANTAN, 03 Oktober 2023 – Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Pahang Specialist Hospital Sdn Bhd (KPJ Pahang) telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ).

Zakat sebanyak RM104,426.83 ribu bayaran zakat telah diserahkan oleh Tuan Haji Roslan bin Ahmad selaku Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah KPJ dan diterima oleh YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Zakat dan Wakaf Pahang. Turut sama dalam majlis tersebut adalah Encik Omar Zakir Bawadi Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pahang, Haji Che Samsol bin Ibrahim Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang dan pengurusan kanan KPJ Pahang.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada pihak Pahang Specialist Hospital Sdn Bhd yang melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka dan didoakan semoga semakin bertambah keberkatan diperolehi di masa mendatang.

Disediakan oleh,
Mohd Abdul Khaliq Bin Mohd Nazir
Penolong Pegawai Pemasaran
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial