GENTING HIGHLANDS, 22 Februari 2023 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah menganjurkan Bengkel Taksiran Zakat Perniagaan peringkat Pantai Timur 2024 yang telah dihadiri 27 orang pegawai bahagian zakat perniagaan dari lima buah negeri terlibat iaitu Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Zakat Melaka (PZM) yang diadakan di Hotel Scapes, Genting Highlands.
Bengkel 3 hari 2 malam ini diadakan sempena Bulan Zakat & Wakaf Pahang yang dianjurkan oleh PKZ Pahang sepanjang bulan Syaaban 1445. Bengkel ini telah dipimpin oleh dua orang tokoh perakaunan zakat di Malaysia iaitu Yang Berbahagia Dato Syed Ghazali Wafa Syed Adwam, pakar Muamalat Islam dan Yang Hormat Dato’ Haji Abdul Aziz Abu Bakar, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (M.A.T.A.). Tujuan bengkel ini diadakan bagi memantapkan lagi penguasaan ilmu taksiran zakat dan percukaian terutamanya bagi pengiraan yang melibatkan Syarikat Berhad dan Syarikat Sendirian Berhad.
Pihak PKZ Pahang berharap agar hasil bengkel tiga hari ini akan dapat melahirkan pegawai penaksir zakat perniagaan yang lebih cekap dan kompeten.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
