TUANKU SULTAN PAHANG BERANGKAT KE MAJLIS SERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN SIRI 1 2024

KUANTAN, 23 Februari 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Al- Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan Korporat Siri 1 Tahun 2024 yang berlangsung di Astana Ballroom, Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan. Turut berangkat paduka anakanda iaitu Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain.

Pada majlis itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah berkenan menerima dua serahan zakat terawal daripada empat belas badan Korporat yang akan menyerahkan zakat perniagaan mereka iaitu FGV Holding Berhad (RM8,636,535.00) dan FELCRA Berhad Wilayah Pahang (RM4,000,286.71).  Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menyaksikan serahan zakat badan Korporat kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah selaku Yang Dipertua MUIP. Penyerahan zakat perniagaan seterusnya daripada dua belas badan korporat diikuti daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) (RM3,000,000.00), CIMB Islamic Bank Berhad (RM3,000,000.00) Kumpulan Far East Holdings Berhad (RM 2,207,323.85), Kumpulan DRB HICOM ( RM2,128,000.00), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) (RM1,900,000.00), FOMEMA Sdn Bhd (RM1,741,643.00), Kedai Emas Ariffin Sdn Bhd (RM1,230,000.00), Kampung Aur Oil Palm Company Sdn Bhd & Madah Perkasa Sdn Bhd (RM704,149.10), YP Maintenance Sdn Bhd (RM600,000.00), Telekom Malaysia Berhad (RM542,590.00), Affin Islamic Bank Berhad (RM250,000.00) dan Agro Bank (RM157,508.58). Jumlah keselurahan serahan zakat pada majlis tersebut adalah berjumlah lebih RM30 juta.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada seluruh badan korporat yang melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka dan didoakan semoga semakin bertambah keberkatan diperolehi di masa mendatang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial