KUANTAN, 9 Mac 2024 – Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang (PKZ) dengan kerjasama Syarikat ISport Kuantan, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Jabatan Belia Dan Sukan Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan telah menganjurkan Berkat Run & Walk 2024. Program yang berlangsung selama setengah hari ini disertai hampir 1000 peserta yang melibatkan penyertaan bagi tiga acara iaitu larian 10KM, 5KM dan fun walk 3KM. Program ini dimulai dengan aktiviti Subuh Fighter di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan tazkirah ringkas bertajuk “Waktu Muda; Antara Nikmat Dan Amanah” yang disampaikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Akhil Hayy. Program diteruskan dengan acara larian 10KM, 5KM dan diikuti dengan Fun Walk 3KM dimana kesemua acara ini bermula dan berakhir dari Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan. Acara flag off (pelepasan larian) telah dilaksanakan oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang, Yang Hormat Dato Haji Halidan Md Daud.
Berkat Run & Walk 2024 ini merupakan program julung kalinya di anjurkan olh PKZ Pahang dan merupakan salah satu program dirancang sempena penganjuran Bulan zakat Dan Wakaf Pahang yang berlangsung sepanjang bulan Syaaban tahun ini. Penaja utama bagi program ini adalah CIMB Islamic, Emas Ariffin serta penaja lain adalah Bank Islam Malaysia Berhad.
Diharap agar Program Berkat Run & Walk 2024 ini dapat mengeratkan jalinan kerjasama antara Pusat Zakat Dan Wakaf Pahang dengan rakan kolaborasi dan masyarakat awam di samping memperkenalkan organisasi zakat dan wakaf kepada mereka.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
