RAUB, 18 Mac 2024 – Sempena bulan Ramadan al-Mubarak ini, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) mempergiatkan lagi aktiviti kempen zakat dan wakaf kepada ahli masyarakat di kampung-kampung dan taman perumahan seluruh Pahang. Kuliah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para jemaah berkaitan pensyariatan zakat harta dan falsafah berwakaf. Skop yang dibincangkan adalah berkenaan konsep dan kaedah pengiraan zakat emas, wang simpanan, pendapatan dan ibadah wakaf.
Siri Kuliah Dhuha ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat serta memperolehi respon positif daripada mereka. Mereka telah mengambil peluang dengan bertanyakan pelbagai soalan berkenaan kefardhuan zakat dan wakaf.
Sempena bulan ibadah ini, sebahagian daripada hadirin yang datang telah menunaikan ibadah zakat dan wakaf mereka ke Pusat Kutipan zakat Dan Wakaf Pahang. Melalui program seumpama ini, PKZ berharap masyarakat awam mendapat pendedahan lebih mendalam berkenaan kewajipan zakat harta yang perlu dilaksanakan mengikut syariat serta fadhilat berwakaf sebagai saham akhirat.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
