PKZ PAHANG MENERIMA KUNJUNGAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

KUANTAN, 14 Mei 2024 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) telah sudi berkunjung ke Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang pada hari selasa yang lalu. Kunjungan ATM diketuai oleh Brigedier Jeneral Dato’ Ab Jabar bin Mohamad Aris, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan, KAGAT Bersama Mejar Muhammad Khairil bin Mazlan, Ketua Unit Undang-Undang Syariah KAGAT dan Leftenan Nurul Nurizzati binti Othman, Pegawai Staf 3 Undang-Undang Syariah KAGAT.

PKZ Pahang berbesar hati menerima kunjungan ini dengan disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal Dan Operasi Majlis Ugama Islam Pahang YBhg Dr. Asmadi bin Abdul Rahman Bersama Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim serta Tuan Haji Azmi bin Othman, Ketua Bahagian Korporat Dan Dakwah PKZ Pahang di Pejabat Pembangunan Harta Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Kuantan.

Objektif kunjungan ini adalah bertujuan membincangkan beberapa perkara termasuk mengenai berkaitan agihan pemulangan semula wang zakat bagi pihak ATM. PKZ Pahang merakamkan penghargaan kepada ATM di atas kesudian mengunjungi pihak PKZ-MUIP dan berharap agar silaturrahim yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial