KHUTBAH ZAKAT DI MASJID SEKITAR PAHANG

KUANTAN, 9 Ogos 2024 – Telah menjadi kelaziman Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang memberi khutbah jumaat di seluruh masjid di sekitar negeri Pahang dalam usaha memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat Islam. Khutbah Jumaat ini telah diadakan serantak di beberapa daerah sekitar negeri Pahang yang telah disampaikan oleh pegawai dari Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ). Di antara masjid terlibat dengan khutbah zakat adalah ;

  • Masjid Jeram Bungor, Lipis khutbah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Taufiq bin Suhaimi
  • Masjid Kg. Perpat, Rompin khutbah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Syukri bin Adzhar
  • Masjid Ar-Raudhah, Taman Guru, Kuantan khutbah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ammar Mukhlis bin Che Mohd Nasir
  • Masjid Cherating, Kuantan khutbah disampaikan oleh Ustaz Anuar bin Hassan
  • Masjid Tepian Pantai Serandu, Pekan khutbah disampaikan oleh Ustaz Hj Khahirul Anuar Bin Abdullah 
  • Masjid Al-Amin, Kg. Seri Damai, Kuantan khutbah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Hidayat Bin Mohamad Nafiah  

Dengan wujudnya program sebegini, diharap agar info tentang kefardhuan zakat dapat disampaikan secara berterusan kepada masyarakat awam di negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial