LIPIS, 6 September 2024 – Telah menjadi kelaziman pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) memberi penerangan berkaitan zakat harta di seluruh masjid di sekitar negeri Pahang dalam usaha memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat Islam. Dakwah zakat ini telah diadakan di Masjid Kampung Jeram Landak, Lipis di mana Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) cawangan Lipis Ustaz Mohd Rosdi bin Razali manakala khutbah Jumaat berkaitan zakat harta telah disampaikan oleh pegawai dari PKZ cawangan Lipis, Ustaz Mohamad Taufiq Bin Mohd Suhaimi.
Di dalam program ini juga, pihak PKZ Pahang turut menyediakan kaunter zakat bagi memudahkan para jemaah membuat taksiran dan bayaran zakat selepas solat jumaat diadakan. Beberapa orang Jemaah telah mengambil kesempatan menunaikan ibadah zakat dan wakaf dalam program tersebut.



Dengan wujudnya program sebegini, diharap masyarakat mampu menambah ilmu pengetahuan dan dalam pada masa yang sama PKZ dapat menyebarkan dakwah zakat secara berterusan kepada masyarakat awam di negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang